PENILAIAN

Untuk perhatian dan tindakan semua guru penasihat unit beruniform/kelab/persatuan/sukan dan permainan.
A.   Aspek-aspek yang dinilai:
Penilaian aktiviti kokurikulum seseorang murid dalam setiap jenis aktiviti yang disertai adalah berdasarkan kepada 4 aspek yang berikut:
a.     Kehadiran
b.     Jawatan disandang
c.     Penglibatan
d.     Pencapaian
Bagi keempat-empat aspek ini peratus markah yang diperuntukkan adalah seperti berikut:
Jadual 1
ASPEK PENILAIAN
% MARKAH
Kehadiran
50
Jawatan disandang
10
Penglibatan
20
Pencapaian
20
JUMLAH
100
1. Kehadiran.
Markah Aspek Kehadiran ialah markah yang tertinggi (50%). Ini bertujuan untuk menggalakkan murid hadir pada setiap aktiviti yang dijalankan. Jumlah kehadiran yang maksimum berasaskan kepada jumlah  minggu persekolahan dalam setahun; dengan
mengambil kira bahawa setiap jenis aktiviti kokurikulum dijalankan sekali seminggu dengan
peruntukan masa 2 jam (mengikut kursus). Pengecualian kehadiran hanya
dipertimbangkan  jika murid sakit, menyertai kegiatan lain dengan kelulusan dan sebab
sebab lain yang munasabah. Ketidakhadiran ini perlulah dalam pengetahuan pihak sekolah.

Kehadiran minimum bagi kegiatan Pasukan Badan Beruniform ialah 18 kali perjumpaan setahun, kelab / persatuan 12 kali perjumpaan setahun dan sukan / permainan 12 kali perjumpaan setahun. Perkiraan markah kehadiran adalah seperti berikut:

Markah kehadiran
Jika jumlah kehadiran pelajar
=
a


Jumlah Perjumpaan setahun
=
b


Ketidakhadiran diluluskan
(cuti sakit, wakil sekolah dll)
=
c


Markah kehadiran
=
a
x
50


b-c



* Tidak hadir dengan sebab dikira hadir.

2. Jawatan

Markah Aspek Jawatan Disandang ialah 10% dan diberikan kepada individu yang memegang sesuatu jawatan yang tertinggi , ahli-ahli biasa dan jawatan-jawatan lain yang disandang dalam kegiatan kokurikulum. Agihan markah bagi jawatan yang disandang adalah seperti berikut:

Jadual 2                  Pasukan Badan Beruniform
JAWATAN
MARKAH
Pengakap Raja/ Pandu Puteri Raja/ PW 1/ Bentara Kanan/ Sub-Inspektor/ Drum Major/ Pangkat-Pangkat lain yang difikirkan sama taraf
10
PW II / Staf Sarjan/ Sarjan Mejar/ Ketua Trup / Anugerah Ketua Pesuruhjaya / Pangkat-Pangkat lain yang difikirkan sama taraf
8
Sarjan / Penolong Trup / PP Kelas 1 / Ketua Platun / Pangkat – Pangkat  yang difikirkan sama taraf.
7
Koperal / Lans Koperal / Ketua Patrol / Penolong Ketua Patrol / AJK / Jawatan-Jawatan / Pangkat – Pangkat yang difikirkan sama taraf
5
Pra – Persetiaan / Ahli Aktif
3
Ahli Biasa
1




Persatuan / Kelab / Sukan / Permainan
JAWATAN
MARKAH
Pengerusi / Presiden / Kapten Pasukan / Ketua Pasukan Sukan / Permainan / Ketua Rumah Sukan
10
Timbalan Pengerusi / Naib Pengerusi / Penolong Kapten Pasukan / Penolong Ketua Pasukan Sukan / Permainan / Penolong Ketua Rumah Sukan
8
Setiausaha / Bendahari
7
Ahli Jawatankuasa
5
Ahli Aktif
3
Ahli Biasa
1

3. Penglibatan

Markah Aspek Penglibatan ialah 20 %. Markah ini diberikan kepada semua ahli berdasarkan sumbangan dan komitmen mereka di dalam semua aktiviti yang dijalankan dan tahap penglibatan yang disertai. Markah penglibatan bagi individu dan pasukan atau kumpulan adalah sama. Pemberian markah-markah adalah seperti berikut:

Jadual 3
PERINGKAT PENGLIBATAN
MARKAH
Sekolah
8
Zon / Daerah / Bahagian
11
Negeri
14
Kebangsaan
17
Antarabangsa
20

4. Pencapaian

Markah Aspek Pencapaian ialah 20 %. Markah ini merupakan pencapaian pelajar dalam pertandingan di peringkat Sekolah/Zon/ Daerah / Bahagian / Negeri / Kebangsaan dan Antarabangsa. Pencapaian yang dinilai hanyalah kepada kedudukan Johan, Naib Johan dan Ketiga. Dalam aspek pencapaian markah bagi pencapaian individu atau pasukan adalah sama. Markah-markah pencapaian individu atau pasukan adalah sama. Markah-markah pencapaian yang ditetapkan adalah seperti berikut:

Jadual 4
PERINGKAT PERTANDINGAN
MARKAH
JOHAN
NAIB JOHAN
KETIGA
Sekolah
8
7
6
Zon / Daerah / Bahagian
11
10
9
Negeri
14
13
12
Kebangsaan
17
16
15
Antarabangsa
20
19
18

Setiap pemberian markah dalam aspek-aspek yang dinilai adalah berdasarkan markah tertinggi yang layak diperoleh oleh seorang murid. Umpamanya jika seorang pelajar pernah mewakili daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa, markah aspek pencapaian yang diambilkira hanyalah pencapaian di peringkat antarabangsa ( 20 markah ).

B.            Kegiatan kokurikulum yang dinilai

Setiap murid diwajibkan menganggotai pasukan badan beruniform, persatuan/kelab dan sukan / permainan. Dalam hal ini setiap murid memilih salah satu aktiviti yang terdapat dalam setiap bidang kegiatan kokurikulum tersebut. Ini bermakna penilaian kegiatan adalah berdasarkan:

1.             Aktiviti Pasukan Badan Beruniform seperti Kadet Remaja Sekolah, Pandu Puteri, Pengakap, Seni Bela Diri dan sebagainya.
2.             Aktiviti Kelab / Persatuan / Badan seperti Persatuan Bahasa Melayu, Kelab Pencinta Alam, Kelab Seni Foto dan sebagainya.
3.             Aktiviti Sukan / Permainan seperti Kelab Olahraga, Kelab Renang, Kelab Memanah dan sebagainya.

Setiap jenis aktiviti yang dianggotai oleh murid akan dinilai berdasarkan aspek-aspek yang telah dinyatakan seperti di atas dan agihan markah setiap jenis aktiviti adalah sama seperti yang dinyatakan di atas. Sebagai contoh, berikut adalah markah kegiatan kokurikulum yang diperoleh oleh Pelajar X:

       Contoh
i.              Kegiatan Pasukan Badan Beruniform

Aspek Penilaian
Prestasi
Markah
a)
Kehadiran
Penuh (18/18)
50
b)
Jawatan disandang
Ahli Aktif
3
c)
Penglibatan
Menghadiri Jambori Pengakap Peringkat Negeri
14
d)
Pencapaian
Ketiga Kawad Kaki Peringkat Negeri
12
JUMLAH
79

ii.            Kegiatan Kelab/ Persatuan

Aspek Penilaian
Prestasi
Markah
a)
Kehadiran
10/12
42
b)
Jawatan disandang
AJK Persatuan Sejarah
5
c)
Penglibatan
Menyertai Seminar Penulisan Sajak Peringkat Negeri
14
d)
Pencapaian
Naib Johan Pertandingan Bahas Ala Parlimen Antara Kelas
7
JUMLAH
68

iii.           Kegiatan Sukan/Permainan

Aspek Penilaian
Prestasi
Markah
a)
Kehadiran
Penuh (12/12)
50
b)
Jawatan disandang
AJK Kelab Bola Sepak B 18
5
c)
Penglibatan
Mewakili Negeri dalam Pertandingan Balapan MSSM
14
d)
Pencapaian
Naib Johan Timang Bola Piala Nike Peringkat Kebangsaan
16
JUMLAH
85

C.            Gred Penilaian Kegiatan Kokurikulum

Gred penilaian setiap markah yang diperoleh adalah seperti berikut:

Jadual 5
GRED
MARKAH
A
Antara 80 hingga 100
B
Antara 60 hingga 79
C
Antara 40 hingga 59
D
Antara 20 hingga 39
E
19 ke bawah

Mengambil contoh markah kegiatan kokurikulum yang diperoleh Pelajar X, gred yang diperoleh bagi setiap kegiatan kokurikulum adalah seperti berikut:

            Jadual 6
Kegiatan
Markah Yang Diperoleh
Gred
Pasukan Unit Beruniform
79
B
Persatuan/Kelab
68
B
Sukan/Permainan
85
A





D. MARKAH BONUS
i.      Markah Bonus diberi berdasarkan sesuatu jawatan kepimpinan yang disandang oleh murid dan jawatan tersebut bertujuan membantu pengurusan dan pentadbiran sekolah. Perjawatan tersebut merangkumi:
a)     Perjawatan Peringkat Sekolah seperti pengawas, pengawas perpustakaan, Imam dan sebagainya.
b)    Perjawatan Peringkat Rumah seperti Ketua rumah , Ketua bilik/asrama dan sebagainya.
c)   Perjawatan  Peringkat Kelas seperti Ketua Kelas/ Darjah dan sebagainya.
ii.     Bagi setiap jawatan tersebut, markah bonus diberikan sebagai pengiktirafan kepada murid  di atas sumbangan  perkhidmatan setiap tahun. Markah bonus yang ditetapkan  adalah seperti berikut:
         Jadual 6
Bil
Jawatan
Markah Bonus
1
Ketua Murid I / Ketua Murid II
10
2
Timbalan / Penolong Ketua Murid
8


3
Ketua / Pengerusi badan-badan perkhidmatan atau pengurusan utama yang ditubuhkan untuk membantu sekolah – perpustakaan, surau, kebajikan murid (PRS) dan asrama

7

4
Ahli badan-badan perkhidmatan atau pengurusan utama yang ditubuhkan untuk membantu sekolah – Pengawas, PRS dan Pustakawan

6
5
Ketua / Pengerusi badan-badan perkhidmatan atau pengurusan sokongan – Asrama, Makanan dan lain-lain
5
6
Ahli-ahli J/Kuasa termasuk  Penolong Ketua/ Pengerusi, Setiausaha, Bendahari bagi badan-badan dalam perkara (3 dan 5), ahli-ahli PRS dan SLAD

3
7
Ketua Bilik/ Asrama/  Kelas
2
8
Penolong Ketua Bilik/ Ketua Kelas
1
          
iii.    Anugerah Khas

   Anugerah khas diberi sebagai pengiktirafan kepada murid/ pelajar di atas pencapaian cemerlang dalam bidang kokurikulum dan kemasyarakatan yang diusahakan sendiri. Markah anugerah khas ini ditetapkan seperti berikut:
Jadual 7
Bil
Jawatan
Markah Bonus
1
Anugerah Remaja Perdana

Emas
10
Perak
7
Gangsa
5
2
Pingat Hang Tuah Kebangsaan / Tunas Jaya Kebangsaan
10
3
Pencapaian aktiviti kokurikulum di luar negara atas pembiayaan sendiri

Johan
5
Naib Johan
3
Ketiga
2
4
NILAM
5
5
Lain-lain anugerah yang setara
5

iv.    Setiap murid hanya layak menerima markah bonus untuk jawatan yang paling tertinggi yang disandang pada setiap tahun.
v.     Sekiranya jawatan  yang disandang dilucutkan atas sebab-sebab tindakan tatatertib atau kes disiplin , maka markah bonus ini tidak layak dimasuk kira.

E. GRED KESELURUHAN
i.          Gred keseluruhan bermaksud gred yang diperoleh oleh seorang murid dalam dua dari tiga jenis kegiatan kokurikulum yang dianggotai beserta markah bonus.
ii.         Dua bidang kegiatan dipilih bergantung kepada prestasi markah yang diperoleh, iaitu dua bidang yang menunjukkan prestasi tertinggi.
iii.        Gred keseluruhan boleh diperoleh dengan mencampurkan jumlah markah kedua-dua kegiatan kokurikulum yang diperoleh dengan mendapatkan purata bagi kedua-dua markah tersebut. Kemudian nilai tersebut dicampur dengan markah bonus yang diperoleh. Hasil tambah tersebut dipadankan dengan nilai gred sebagaimana yang terdapat pada Jadual 5.
iv.        Mengambil contoh markah kegiatan kokurikulum yang diperoleh Murid X perkiraan gred keseluruhan adalah seperti berikut:

                        Jumlah Markah Pasukan Badan Beruniform        =          79
                        Jumlah Markah Persatuan/Kelab                         =          68
                        Jumlah Markah Sukan/ Permainan                      =          85
                        Markah purata ialah                                           =          (79 + 85) / 2      =          82
                        Markah bonus                                       =          10 (sebagai Ketua Murid)
                        Markah keseluruhan                               =          82 + 10 =          92

                        Gred Keseluruhan                                      =      A