Tanggungjawab
Setiausaha Sukan |
|
- Mematuhi dasar pelaksanaan kokurikulum KPM dan sekolah serta
pekeliling-pekeliling yang berkaitan dengan kokurikulum.
|
- Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah.
|
- Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti
MSSK/MSSN/MSSM.
|
- Membantu Guru Besar dan GPK Kokurikulum dalam pengagihan tugas kepada
guru-guru,perancangan,pelaksanaan dan penilaian pelajar dalam sukan dan
permainan.
|
- Menetapkan pelajar dalam Rumah Sukan dan Kelab Sukan dan Permainan.
|
- Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan
berkaitan sukan dan permainan.
|
- Mengurus dan menyelaraskan pemilihan peserta untuk ke pertandingan
aktiviti sukan di luar sekolah.
|
- Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti sukan dan
permainan dipatuhi.
|
- Memastikan rekod dan data berkaitan sukan diselenggara dengan baik.
|
- Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah.
|
- Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan.
|
- Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
|
- Memastikan borang-borang berkaitan sukan yang digunakan
dikemaskinikan dan mencukupi.
|
- Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan
luar sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod.
|
- Sentiasa berbincang dengan Guru Besar dan GPK Kokurikulum untuk kepentingan sukan
sekolah.
|
- Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam
Buku Rekod Pencapaian Sukan Sekolah.
|
- Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti sukan
dan mengadakan latihan dengan mereka.
|
- Menghadiri kursus dari semasa ke semasa untuk meningkatkan ilmu dan
kemahiran diri.
|
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dan GPK
Kokurikulum dari semasa ke semasa.
|