DASAR KPM

Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan setiap murid harus melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti.

"Kurikulum Kebangsaan” ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan,kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan, untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani,mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan."

Rujuk Subperaturan 3(1) dalam Peraturan-peraturan (kurikulum
Kebangsaan)1997 yang diterbitkan sebagai P.U.(A) 531/97.


Sebagai sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan, maka pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah wajib.  {Rujuk Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 V Akta 550)} Kegagalan atau keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum disekolah adalah suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya {Rujuk Subseksyen 135(1) Akta Pendidikan 1996 Akta 550)} dan jika kesalahan itu dilakukan secara berterusan, maka apabila disabitkan sedemikian, seseorang itu dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan. {Rujuk Subseksyen 35(2) Akta 550}.



KANDUNGAN KEGIATAN KOKURIKULUM

Kandungan Kegiatan Kokurikulum Di Sekolah:
Kegiatan Kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut:-

      (a)   penyertaan dalam sukan dan permainan;
      (b)   penyertaan dalam persatuan dan kelab;
      (c)   penyertaan dalam badan beruniform; dan
      (d)   penyertaan dalam kegiatan-kegiatan lain sebagaimana ditentukan oleh Menteri.

Rujuk Subperaturan 3(3) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai P.U. (A) 531/97.

Kegiatan Kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan meliputi kegiatan dalam persatuan yang ditubuhkan di sekolah daripada kategori berikut:-

      (a)   mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-  Peraturan
      (b)   Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997;
      (c)   hobi dan rekreasi;
      (d)   sukan dan permainan;
      (e)   badan beruniform; atau
       (f)    apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar.

Rujuk Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 yang diterbitkan sebagai Warta Kerajaan Jil. 42/No. 11 (Tambahan No. 41), Perundangan (A), P.U. (A) 196 bertarikh 21hb. Mei 998.

STATUS PERLAKSANAAN KOKURIKULUM

Matlamat gerak kerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan oleh setiap orang murid yang belajar di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan. Setiap murid hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerak kerja pasukan badan beruniform, satu kegiatan persatuan atau kelab, dan satu kegiatan sukan atau permainan.
{Rujuk Subperkara 5.1 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP(BS)
8591/Jld. 11(29) bertarikh 2hb. Januari 1985}.

Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerak kerja kokurikulum di sekolah.
{Rujuk Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP(BS)
8591/Jld. 11(29) bertarikh 2hb. Januari 1985}.

Sekolah-sekolah, khususnya yang kurang kemudahan untuk menjalankan gerak kerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan murid-muridnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; dan dalam pelbagai gerak kerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian.
(Rujuk Subperkara 5.3 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP(BS)
8591/Jld. 11(29) bertarikh 2hb. Januari 1985}.

Penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan dan yang bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Perlembagaan Negara.
Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/2000, KP(BS)8591/Jld. XVI(16) ber-
tarikh 13 Nov. 2000.


Penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib. Sehubungan itu kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan.
Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1/1986, KP(BS)8591/Jld. 11/(41)
bertarikh 15 Januari 1986.

Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan menggunakan penglibatan dan kepakaran anggota-anggota masyarakat setempat.
Rujuk Subperkara 5.2.3 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan
4/1985, KP. 8591-11(32) bertarikh 2hb Februari 1985.

PERUNTUKAN MASA KEGIATAN KOKURIKULUM

Peruntukan masa untuk kegiatan kokurikulum seperti dalam Warta Kerajaan No.5652 Jil. 11/Bil. 27 bertarikh 28 Disember 1967 adalah seperti berikut:-

Sekolah Rendah

TAHUN
 PERUNTUKAN MASA
3 dan 4
60 minit seminggu
5 & 6
120 minit seminggu

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU

Guru Besar/Pengetua sebagai Penolong Pendaftar mempunyai kuasa untuk melantik guru sebagai guru penasihat bagi menjalankan tugas- tugas dalam aktiviti kokurikulum berdasarkan peruntukan yang sedia ada.
Rujuk dalam Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550 ), Bahagian 2.