DASAR SKSM


DASAR-DASAR KOKURIKULUM SK SERI MENDAPAT



DASAR   1   :    DASAR-DASAR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1.1                          Pihak sekolah akan mematuhi segala dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menjalankan kegiatan kokurikulum di sekolah.

DASAR   2   :    TENAGA PENGAJAR

2.1                          Guru-guru yang mengendalikan kegiatan atau aktiviti kokurikulum
2.2                          Semua guru akan melibatkan diri dalam satu jenis kegiatan bagi setiap bidang berikut :
2.2.1         Unit Beruniform
2.2.1.1       Pengakap
2.2.1.2       Bulan Sabit Merah
2.2.1.3       Tunas Kadet Remaja Sekolah
2.2.2         Kelab dan Persatuan
2.2.2.1       Persatuan Bahasa
2.2.2.2       Persatuan Sains Dan Matematik
2.2.2.3       Persatuan Agama Islam
2.2.3         Sukan dan Permainan
2.2.3.1       Kelab Bola Tampar
2.2.3.2       Kelab Ragbi
2.2.3.3       Kelab Sofbol
2.2.4         Rumah Sukan
2.2.4.1       Rumah Biru
2.2.4.2       Rumah Kuning
2.2.4.3       Rumah Merah
2.3                          Semua guru yang terlibat dengan setiap kegiatan perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut:
2.3.1         Menggubal perlembagaan
2.3.2         Melantik jawatankuasa
2.3.3         Merancang aktiviti tahunan
2.3.4         Merekod kehadiran pelajar
2.3.5         Melaksanakan aktiviti harian
2.3.6         Membuat penilaian
2.3.7         Menyediakan laporan

DASAR   3   :    PENYERTAAN PELAJAR

3.1                          Semua pelajar Tahun 4, 5, dan 6 diwajibkan menyertai setiap satu kegiatan bagi ketiga-tiga bidang berikut :
3.1.1         Unit Beruniform
3.1.2         Kelab dan Persatuan
3.1.3         Sukan dan Permainan
3.2                          Semua pelajar tahun 3 diwajibkan menyertai satu kegiatan unit beruniform.
3.3                          Semua pelajar diwajibkan menyertai satu rumah sukan yang berikut :
3.3.1         Rumah Biru
3.3.2         Rumah Kuning
3.3.3         Rumah Merah
3.4                          Semua pelajar diberikan kebebasan untuk memilih kegiatan yang ingin disertai berdasarkan pilihan-pilihan yang ditawarkan oleh sekolah.
3.5                          Penentuan pemilihan pelajar akan diputuskan oleh GPK Kokurikulum.
3.6                          Semua pelajar diwajibkan hadir pada hari-hari kegiatan dijalankan.



DASAR   4   :    PENJADUALAN KEGIATAN

4.1                          Takwim kegiatan kokurikulum sepanjang tahun persekolahan disediakan.
4.2                          Kegiatan Unit beruniform dan Kelab dan Persatuan, Sukan dan Permainan serta latihan rumah sukan dijalankan pada ketetapan berikut :
4.2.1         Unit beruniform dan Latihan Rumah Sukan
4.2.2         Kelab dan Persatuan serta Kelab Sukan dan Permainan
4.2.3         Kegiatan tersebut dijalankan pada setiap hari Selasa (dua minggu sekali).
4.2.4         Unit beruniform bagi tahun 3 akan dijalankan pada hari Khamis ( dua minggu sekali ).
4.3                          Waktu kegiatan adalah seperti berikut :
4.3.1         Unit beruniform / Kelab dan persatuan bermula pada jam 04.00 petang hingga 05.00 petang.
4.3.2         Latihan Rumah Sukan dan Kelab Sukan dan Permainan bermula pada jam 05.00 petang hingga 06.00 petang.
4.3.3         Unit beruniform tahun 3 akan bermula pada jam 12.35 tengah hari hingga 01.35 tengah hari.
4.4                          Kegiatan atau aktiviti kokurikulum boleh juga dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad, seperti Pertandingan Larian Merentas Desa pada hari Sabtu dan Perkhemahan Unit Beruniform pada hari Sabtu dan Ahad.
4.5                          Kegiatan akan ditangguhkan atas sebab-sebab berikut :
4.5.1         Cuaca buruk (hujan lebat atau ribut petir)
4.5.2         Ada aktiviti besar yang berlangsung di sekolah
4.5.3         Ujian Bulanan dan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun.
4.5.4         Atas arahan Guru Besar atau Guru Penolong Kanan Kokurikulum

DASAR   5   :    PENYERTAAN KEGIATAN LUAR SEKOLAH

5.1                          Penyertaan pasukan sekolah dalam mana-mana kegiatan peringkat Kawasan , Daerah, atau Negeri tertakluk kepada persiapan dan kesediaan sesebuah pasukan.
5.2                          Sekolah tidak memfokuskan kepada kegiatan tertentu untuk dijadikan Program Sasaran.
5.3                          Sekolah sentiasa berusaha mencungkil dan memperkembangkan bakat pelajar ke tahap tertinggi melalui :
5.3.1         Latihan yang bersistematik
5.3.2         Kelengkapan yang sempurna
5.3.3         Pertandingan dalaman
5.3.4         Penyertaan yang aktif

DASAR   6   :    PENILAIAN

6.1                          Setiap penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum akan dinilai dengan menggunakan kaedah dalam buku ‘Panduan Penilaian Aktiviti Kokurikulum Sekolah Menengah’. terbitan Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran.
6.2                          Pihak sekolah juga akan menggunakan kaedah ‘Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum’ (PAJSK) yang diterbitkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia.

DASAR   7   :    PENGHARGAAN

7.1                          Memberikan pelbagai bentuk penghargaan kepada pelajar yang mengharumkan nama sekolah melalui pelbagai kegiatan kokurikulum berbentuk :
7.1.1         Barangan atau wang tunai
7.1.2         Sijil Penghargaan
7.2                          Mewujudkan Anugerah Tokoh Kokurikulum kepada pelajar yang cemerlang pencapaian dalam bidang kokurikulum.