POLISI


POLISI KESELAMATAN KOKURIKULUM SEKOLAH

Polisi ini harus dibaca bersama:

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL:1/1989
Penyertaan Pelajar Dalam Kegiatan Sukan Di Sekolah

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 8/1995
Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan Atau Badan Induk Sukan.

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 3/1995
Perlaksanaan Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok Bagi Semua Pelajar Sekolah Kerajaan Dan Bantuan Kerajaan.

SURAT PEKELILING KHTISAS BIL: 25/1998 dan BIL: 3/1979
Pendidikan Jasmani.

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 24/1988
Penglibatan Guru Dan Murid Dalam Aktiviti Pasukan Pakaian Seragam Anjuran Agensi Kerajaan Dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 25/1998
Perlaksanaan Pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan.

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 9/2000 dan BIL: 1/1995
Panduan Keselamatan diri Pelajar semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum Dan Sukan dan Di Luar Kawasan Sekolah.

Catatan:
Sila Rujuk Fail Surat Pekeliling Ikhtisas(SPI) dan Surat Siaran Berkaitan Sukan dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia  dan Buku Polisi Keselamatan Kokurikulum SKSM untuk mendapatkan keterangan lebih terperinci.



PENGENALAN

Aktiviti ko-kurikulum merupakan sebarang aktiviti yang dijalankan di luar kelas yang
tidak melibatkan waktu pembelajaran.

RASIONAL

Sekolah Kebangsaan Seri Mendapat (SKSM) bertanggungjawab menyediakan iklim sekolah yang selamat semasa aktiviti kokurikulum dijalankan. Warga sekolah terdedah dengan isu isu keselamatan fizikal dan semasa penggunaan peralatan sukan. Menyedari keperluan pengawasan yang rapi sepanjang aktiviti dijalankan.

OBJEKTIF

        Memastikan kegiatan ini bergerak selaras dengan matlamat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
        Mengelakkan berlakunya kemalangan semasa kokurikulum dijalankan.
        Mendisiplin diri dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum.
        Memastikan pengurusan peralatan dan diri pelajar mengikut tatacara yang disediakan.

PERANAN MURID

        Melapor taraf kesihatan diri kepada guru
        Mengikut arahan guru / jurulatih sepanjang aktiviti dijalankan.
        Melaporkan dengan segera sebarang masalah yang timbul sepanjang aktiviti dijalankan.
        Mengikut aktiviti yang dijalankan dengan mengutamakan aspek keselamatan.

PERANAN JURULATIH / GURU

        Memberikan kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang pentingnya keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti kokurikulum melalui:
o     Poster
o     Perhimpunan Mingguan
o     Ceramah
o     Bengkel
o     Pengajaran dan Pembelajaran dalam klelas
o     Edaran
        Menerima aduan pelajar dan mengambil tindakan susulan.
        Merekod semua aduan bagi sebarang insiden atau mereka yang disyaki mempunyai niat jahat.
        Memaklum kepada ibubapa dan pihak berkenaan.
        Memanfaatkan sepenuhnya Jawatankuasa Permaufakatan, Jawatankuasa Keselamatan dan PIBG dalam merancang langkah keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti kokurikulum.
        Mengadakan peraturan yang jelas tentang keselamatan murid dalam aktiviti kokurikulum.


PERANAN IBU BAPA DAN PENJAGA.

        Mengambil tahu aktiviti kokurikulum yang diikuti oleh anak/jagaan masing-masing.
        Meneliti dan mengisi borang yang disediakan oleh pihak sekolah yang berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan.
        Menandatangani borang pengesahan kebenaran untuk menjalankan aktiviti.
        Menyediakan bahan keperluan anak / jagaan sepanjang aktiviti dijalankan.
        Mengenalpasti jurulatih / guru yang menguruskan aktiviti dan menyimpan nombor telefon jurulatih / guru berkenaan dan pihak sekolah.

POLISI

        Memastikan warga SKSM adalah tertakluk kepada Peraturan Polisi Keselamatan Kegiatan Kokurikulum.
        Pegawai yang bertugas semasa aktiviti kokurikulum dijalankan adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa semua polisi, peraturan dan langkah-langkah keselamatan diikuti sepenuhnya.
        Segala kemalangan yang berlaku harus disusuli dengan tindakan segera mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
        Sekiranya berlaku sebarang kemalangan, laporan mesti dibuat kepada pegawai atau sekolah.
        Semua pelajar akan dilindungi melalui Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok ( rujukan: Surat Pekeliling Ikhtisas Bil: 3/1995 )
        Polisi keselamatan kegiatan kokurikulum adalah diketahui oleh semua warga SKSM melalui usaha penyebaran maklumat dan taklimat rasmi.
        Semua warga SKSM adalah tertakluk kepada polisi ini.

LAPORAN KESELAMATAN, KECEDERAAN DAN KEMALANGAN

        Dalam mempastikan sebarang kecederaan, kemalangan dan kematian yang berlaku di sekolah terutama semasa pelaksanaan kokurikulum, serta mudah untuk dijadikan bahan rujukan oleh mana-mana pihak, sekolah dikehendaki menyediakan pelaporan dalam bentuk dokumentasi yang jelas dan kemas.
        Guru Penasihat persatuan/kelab perlulah dengan segera membuat pelaporan berhubung sebarang kecederaan, kemalangan yang berlaku semasa aktiviti di dalam buku laporan khas yang disediakan oleh pihak sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam pekeliling SPI ......................................
        Antara maklumat penting yang perlu dimasukkan ke dalam pelaporan berkenaan adalah seperti:-
o     Nama Pelajar dan individu yang terlibat
o     Tarikh, tempat dan mas kecederaan/kemalangan berlaku.
o     Bentuk kecederaan pada pelajar
o     Nama guru yang membuat pelaporan
o     Tahap kecederaan dan kemalangan
o     Tindakan lanjut oleh guru berkenaan
o     Tandatangan dokumen pelaporan
o     Pengesahan pelaporan oleh pengetua/guru Besar atau pegawai bertanggungjawab