TUGAS JPSS

JAWATANKUASA KECIL PEMBANGUNAN FIZIKAL SUKAN SEKOLAH
  • Merancang pembangunan Fizikal Sukan Sekolah.
  • Menyediakan Kemudahan fizikal sukan yang berkualiti.
  • Memastikan setiap kemudahan fizikal sukan berada dalam keadaan baik dan boleh digunapakai.
  • Melaporkan setiap kerosakan dan kecacatan fizikal sukan kepada pihak yang berkenaan untuk dibaikpulih.
  • Memastikan kemudahan fizikal sukan sekolah mencukupi mengikut jumlah murid.
JAWATANKUASA KECIL PENGGALAK SUKAN SEKOLAH
  • Merancang segala aktiviti yang berkaitan dengan sukan dan permainan
  • Menyediakan kertas konsep untuk aktiviti sukan yang akan dijalankan
  • Memastikan penglibatan murid secara menyeluruh.
  • Memberi dorongan kepada murid supaya mempunyai minat terhadap sukan
  • dan permainan.
JAWATANKUASA KECIL SUMBER MANUSIA SUKAN SEKOLAH
  • Menentukan agihan tugas kepada guru mengikut aktiviti sukan dan permainan.
  • Menentukan jumlah guru yang diperlukan untuk setiap aktiviti sukan dan permainan yang dijalankan dan disertai.
  • Memastikan agihan tugas yang diberikan dilaksanakan dengan sebaiknya. 
  • Menguruskan penyertaan pasukan dan peserta dalam sesuatu pertandingan sukan dan permainan.
JAWATANKUASA KECIL PEMANTAUAN DAN PENILAIAN SEKOLAH
  • Memantau semua aktiviti sukan dan permainan yang dijalankan.
  • Membuat Post Mortem ke atas semua aktiviti sukan permainan yang dijalankan dan disertai.
  • Membuat Laporan semua aktiviti sukan dan permainan yang disertai oleh sekolah pada peringkat sekolah, zon, daerah, negeri dan kebangsaan.
JAWATANKUASA KECIL PENINGKATAN PROFESIONALISME
  • Merancang aktiviti seperi mengadakan kursus, seminar untuk guru-guru dan murid-murid berkaitan dengan sukan bertujuan meningkatkan kemajuan sukan di sekolah.
  • Mengenalpasti guru-guru berpotensi dalam sesuatu bidang sukan untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.
  • Bekerjasama dan berhubung dengan pihak agensi luar bagi mendapatkan kepakaran dalam bidang sukan untuk membantu meningkatkan taraf professional guru dalam bidang sukan.
  • Melaporkan setiap kegiatan yang dijalankan kepada pihak Guru Besar.
JAWATANKUASA KECIL KEWANGAN SUKAN SEKOLAH
  • Membantu pihak sekolah dari segi kewangan yang diperlukan dalam pengurusan sukan di sekolah.
  • Membantu pihak sekolah mendapatkan dana dan sumbangan dari pihak luar untuk digunakan dalam pengurusan pembangunan sukan sekolah.
  • Bertanggungjawab memastikan sumber kewangan bagi pembangunan sukan sekolah mencukupi untuk menjalankan aktiviti sukan dan permainan di sekolah.
JAWATANKUASA KECIL TEKNIKAL SUKAN SEKOLAH
  • Memberi bantuan dari segi kepakaran dan tenaga yang diperlukan oleh pihak sekolah dalam menguruskan aktiviti sukan dan permainan di sekolah
  • Membantu pihak sekolah menjalankan aktiviti sukan di sekolah.