Tanggungjawab
Penyelaras Kokurikulum / Sukan |
|
- Membantu GPK Kokurikulum :
|
- Mematuhi dasar pelaksanaan kokurikulum KPM dan sekolah serta
pekeliling-pekeliling yang berkaitan dengan kokurikulum.
|
- Mengatur dan menyelia perjalanan badan beruniform / Persatuan serta
sukan dan permainan.
|
- Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.
|
- Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
|
- Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk pelajar menyertai
badan beruniform / Persatuan serta sukan dan permainan.
|
- Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan
dengan baik.
|
- Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun
pada tarikh yang ditetapkan.
|
- Menguruskan dan mengagihkan Buku Laporan Kokurikulum kepada guru
penasihat.
|
- Menguruskan dan mengumpulkan semula Buku Laporan Kokurikulum daripada
guru penasihat untuk tujuan semakan oleh Guru Besar.
|
- Mengumpulkan semula Buku Laporan Kokurikulum pada akhir tahun untuk
simpanan dan rekod bilik kokurikulum.
|
- Menguruskan dan menyediakan borang-borang yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum
dan sukan.
|
- Mengumpulkan rancangan tahunan daripada guru penasihat untuk edaran, rujukan dan rekod.
|
- Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian
kokurikulum sekolah.
|
- Menghadiri kursus dari semasa ke semasa untuk meningkatkan ilmu dan
kemahiran diri.
|
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dan GPK
Kokurikulum dari semasa ke semasa.
|