PELAKSANAAN

PERATURAN  PELAKSANAAN KO KURIKULUM

1.       Keahlian
1.1      Semua murid tahap 2 (tahun 4,5 dan 6) dikehendaki menjadi ahli salah satu aktiviti kokurikulum dalam setiap bahagian yang dinyatakan seperti berikut :
1.1.1       Pasukan Beuniform
1.1.2       Persatuan/kelab
1.1.3       Permainan
1.2      Murid tahun 3 terlibat dalam kegiatan unit beruniform sahaja.
1.3      Murid tidak dibenarkan menukar keahlian setelah menyertai aktiviti kokurikulum tersebut kecuali atas kebenaran GPK Kokurikulum.

2.       Kehadiran
2.1      Murid mesti hadir pada waktu dan masa yang ditetapkan di dalam jadual kokurikulum.
2.2      Guru Penasihat dikehendaki merekodkan kehadiran murid di dalam rekod kehadiran.
2.3      Ketidakhadiran murid perlu direkodkan.
2.4      Murid juga dikira hadir sekiranya mempunyai pengesahan doktor dan kebenaran
bertulis daripada Guru Besar.

3.       Pakaian
3.1      Murid yang hadir untuk aktiviti kokurikulum samada di dalam atau di luar sekolah hendaklah berpakaian unit beruniform atau berpakaian PJK sekolah atau baju T rumah sukan dengan trek buttom sekolah.
3.2      Murid mesti memakai kasut sekolah dengan pakaian uniform atau kasut sukan dengan pakaian PJK/ Baju T Shirt rumah sukan
3.3      Pelajar tidak dibenarkan memakai selipar ke sekolah.

4.       Perjalanan aktiviti kokurikulum
4.1      Setiap unit beruniform/ persatuan/kelab/sukan/permainan perlu mempunyai visi, matlamat,carta organisasi, takwim aktiviti dan pelaksanaan aktiviti harian/mingguan/bulanan.
4.2      Semua aktiviti mesti dijalankan seperti mana dijadualkan. Guru Penasihat tidak dibenarkan membatalkan atau menangguhkan aktiviti tanpa kebenaran Guru Besar.
4.3      Guru Penasihat mesti hadir bersama-sama ahli di tempat aktiviti dijalankan
4.4      Guru Penasihat dikehendaki menandatangani kehadiran di buku Kokurikulum di pejabat.
4.5      Satu laporan lengkap mesti dihantar kepada GPK Kokurikulum sehari selepas aktiviti dijalankan.

5.       Sijil
5.1      Guru Penasihat perlu memberi sijil kepada ahli mengikut penyertaan murid dalam aktiviti sekolah/kawasan/daerah/negeri/ kebangsaan dan antarabangsa.
5.2      Sijil juga diberikan kepada ahli yang menjawat jawatan penting seperti Pengerusi/Pen.Pengerusi/Setiausaha/Pen.Setiausaha/ Bendahari dan sebagainya.
5.3      Guru Penasihat perlu menyediakan senarai nama penerima sijil , nama aktiviti, masa dan tarikh yang lengkap sebelum diserahkan kepada pihak pentadbiran sekolah dan disahkan oleh Guru Besar.

6.       Jadual aktiviti (Lihat takwim )
HARI
AKTIVITI
MASA

SELASA
(RUJUK TAKWIM)
UNIT BERUNIFORM 
04.00 PTG. – 05.00 PTG.
TAHUN 4, 5 DAN 6 SAHAJA
KELAB SUKAN & PERMAINAN
05.00 PTG – 06.00 PTG.
PERSATUAN & KELAB
04.00 PTG. – 05.00 PTG.
RUMAH SUKAN
05.00 PTG – 06.00 PTG.
KHAMIS
UNIT BERUNIFORM
12.35 TGH - 01.35 TGH.
TAHUN 3 SAHAJA

7.      Tempat aktiviti
7.1      Unit Beruniform
Pengakap Kanak-Kanak
Tapak Perhimpunan
Bulan Sabit Merah
Tapak Perhimpunan
Tunas Kadet Remaja Sekolah
Tapak Perhimpunan

7.2      Persatuan / Kelab
Persatuan Bahasa 
Bilik Seni
Persatuan Sains dan Matematik
Makmal Sains
Persatuan Agama Islam
Surau

7.3      Sukan / Permainan
Bola Tampar
Padang Sekolah
Ragbi
Padang Sekolah
Sofbol
Padang Sekolah

* Lokasi perjumpaan di atas adalah cadangan, terpulang kepada guru penasihat
8.       Kemudahan dan Peralatan
8.1      Segala kemudahan dan peralatan sekolah hendaklah digunakan dan dijaga dengan baik.
8.2      Segala peralatan seperti meja , kerusi, skitel, bola dan sebagainya yang telah digunakan mesti dihantar balik ke tempat asalnya.
8.3      Setiap pembelian alatan perlulah dimaklumkan terlebih dahulu kepada GPK Kokurikulum dan mendapat kebenaran bertulis daripada Guru Besar
8.4      Setiap kehilangan/kerosakan hendaklah dimaklumkan kepada pihak pengurusan sekolah.

9.       Displin dan Keselamatan
9.1      Guru Penasihat bertanggungjawab penuh diatas semua aspek displin dan keselamatan ahli masing-masing.
9.2      Antara langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil ialah memberi arahan jelas dan tepat, menggunakan wisel untuk mengawal pergerakan murid, menyediaan Kotak ‘First Aids’ dan murid-murid diminta pulang selepas aktvitti tamat.
9.3      Guru Penasihat perlu memaklumkan setiap kemalangan/kecederaan yang berlaku ke atas ahli kepada pihak sekolah dan mengambil langkah-langakah rawatan awal yang sesuai.
9.4      Sila rujuk manual Polisi Keselamatan Kegiatan kokurikulum SKSM.

10.    Kewangan
10.1    Semua pungutan wang dari ahli-ahli mestilah dengan kebenaran Guru Besar.
10.2    Semua pungutan wang dan perbelanjaan mesti direkodkan.
10.3    Rekod kewangan perlu diserahkan bersama laporan lengkap tahunan.

11.    Lawatan/aktiviti di luar sekolah
11.1    Guru Penasihat yang merancang lawatan/aktiviti di luar sekolah mesti mendapat kebenaran Guru Besar dan mengisi Borang Peraturan-Peraturan (Pelancongan)
Sekolah 6 minggu sebelum tarikh lawatan. (Lihat Lampiran)
11.2    Penglibatan murid dalam aktiviti diluar kawasan sekolah mesti dengan kebenaran bertulis darpada ibu/bapa dan penjaga
11.3    Guru Penasihat bertanggungjawab sepenuhnya di atas murid sehingga mereka sampai ke sekolah / rumah dengan selamat.